top of page

Tentang Kami

Payed Ayam Maju Sdn Bhd

Segalanya bermula sejak 2014

Pada awalnya, kami bermula meniaga ayam di Kg. Belimbing, Tanah Merah berhadapan dengan Petron. Pada ketika itu, kami hanya mampu memproses ayam sebanyak 50-100 ekor sehari sahaja. Kedai kami diberi nama Ayam Maju Belimbing.

​

Pada 2019, pemprosesan ayam dipindah ke Kg. Banggol Jenerih, Tanah Merah. Dengan teknologi yang lebih maju, kami mampu memproses 1,000 ekor ayam sehari.

​

Hari berganti hari, bisnes kami semakin maju. Pada 2022, kami membeli mesin memproses ayam yang lebih canggih. Kami mampu memproses ayam 6,000 ekor ayam sehari. Kami juga menambah 1 lagi cawangan di Kg. Tepi Sungai.

​

Sehingga kini, tahun 2023 kami sudah beralih kepada sebuah syarikat yang bernama Payed Ayam Maju Sdn Bhd. Nama ini di inspirasi daripada nama pengarah syarikat sendiri. Kami juga mempunyai 20 orang staf secara keseluruhannya.

Screenshot (2)_edited.jpg

VISI

Menjadi jenama Pembekal Ayam Halal yang paling dipercayai di seluruh Kelantan

MISI

Membekal ayam proses yang diyakini bersih dan halal untuk rakyat Malaysia pada harga yang berpatutan.

OBJEKTIF

Kami menjanjikan ayam segar yang halal pada kualiti premium.

bottom of page