PRODUK
Pemprosesan
Payed Ayam Maju Sdn. Bhd menjalankan aktiviti memproses dan menjual ayam segar sejak 2014 lagi. Kapasiti memproses ayam di kilang ini pada awalnya hanya 10 ekor sehari namun dengan kemajuan teknologi serta tenaga kerja sedia ada, kini mampu memproses 6,000 ekor sehari. Selain itu, Payed Ayam Maju Sdn Bhd berstatus HALAL JAKIM. Sekaligus menjadikan jenama Payed Ayam Maju Sdn Bhd sebagai produk Ayam Halal di Malaysia.​ Secara khususnya, produk utama Payed Ayam Maju Sdn Bhd adalah ayam segar yang dipasarkan di Pusat Jualan Utamanya di Tanah Merah, Kelantan. Sehingga kini, Payed Ayam Maju Sdn Bhd mempunyai 2 cawangan yang turut sama menjadikan jenama Payed Ayam Sdn Bhd dikenali ramai, di samping aktiviti jualan dan pemasaran yang dijalankan oleh pasukan Payed Ayam Maju Sdn Bhd.