top of page
Writer's pictureFarid Hamzah

KEBAIKAN MAKAN MAKANAN HALAL

Updated: May 10, 2023

Makanan merupakan keperluan asas manusia. Makanan yang terbaik untuk semua manusia adalah makanan yang halal. Konsep pemakanan halal dalam Islam ialah halal lagi baik (halalan toyyiban) iaitu terdiri daripada makanan yang berkhasiat dan tidak memudaratkan. Allah S.W.T telah menggariskan panduan kepada manusia mengenai gaya pemakanan yang terbaik. Di dalam Surah al-Baqarah ayat 168 Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia, makanlah daripada makanan yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di atas bumi…”.

Dalam konteks masyarakat Islam, pengambilan makanan yang halal amat penting kerana ianya memberi implikasi terhadap ibadah yang dilaksanakan.


Kepentingan makan makanan halal

1) Menyihatkan tubuh badan.

Kesihatan tubuh badan termasuklah dari aspek fizikal, mental dan rohani. Pemakanan yang baik dapat mempengaruhi pemikiran seseorang. Ianya menjadikan seseorang itu lebih cergas, sihat dan kehidupannya lebih terjamin.

2) Terhindar dari kemungkaran.

Bagi umat Islam sendiri, konsep halalan toyyiban itu sendiri dapat menghindarkan diri dari perbuatan dosa. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, menyatakan bahawa salah satu doa yang tidak diterima oleh Allah adalah kerana makanan yang dimakannya ialah daripada sumber yang haram, minumannya daripada sumber yang haram dan pakaiannya juga daripada sumber yang haram.

3) Terhindar daripada penyakit yang merbahaya.

Misalnya, Allah s.w.t telah mengharamkan daging babi kerana kajian sains membuktikan bahawa terdapat cacing pita dan virus JE (Japanes Enceplytis) dalam babi. Kedua-duanya dikatakan sukar untuk dibunuh. Maka dari itu, mematuhi perintah Allah S.W.T dalam menjaga soal makanan dan minuman atau apa juga produk kegunaan umat Islam hanya yang halal amat penting supaya memberi kebaikan kepada individu itu sendiri terutama dari segi kesihatan.

4) Mendapat perlindungan daripada Allah SWT.

Sebagaimana yang kita ketahui, Allah S.W.T sangatlah menyayangi hamba-hambanya yang senantiasa bertakwa menjauhi semua larangan-Nya. Maka dari itu, bila selama hidup kamu di dunia selalu senantiasa berupaya memakanan makanan dan minuman halal. Allah S.W.T pasti akan memberikan ganjaran dan menempatkanmu di tempat yang terpuji. Dengan mengkonsumsi makanan halal dan minuman halal juga merupakan salah satu cara untuk meningkatkan keimanan serta sebagai bentuk ungkapan rasa cintamu kepada Allah S.W.T yang maha pencipta.


Demikianlah, Islam memandu hidup manusia supaya sentiasa taat perintah Allah SWT dan Rasul-Nya dalam mematuhi perintah terhadap soal makanan dan minuman atau apa juga produk kegunaan umat Islam hanya yang halal.


Islam adalah agama yang sangat menjaga keselamatan, kesihatan dan kehidupan umatnya melalui penjagaan makanan, minuman dan produk yang halal.


Mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik, sihat jasmani dan rohani serta mendapat berkat dalam hidup.


9 views0 comments

Comments


bottom of page